Wednesday, 11 January 2012

assalamualaikum...nyaman dan tenang hari ini membuat saya ingin mencoret apa yg ada didalam hati saya.ketika dulu saya suka berkawan semenjak kebelakangan nie saya suka kesorangan tak tahu lah...semakin meningkat umur semakin saya tahu apa itu persahabatan...saya terlalu menjaga persahabatan  tapi sahabat mengambil kesempatan apa yang saya lakukan.bukan duit  dan harta itu menjadikan persahabatan...dunia-dunia biarlah saya mememdamkanya hanya Allah yg tahu.
kawan ramai boleh saya cari  tp sahabat susah nak ku temui...


dimana...dimana  erti kehidupan,
ku mencari dengan harapan,
bersama kita berkongsi kehidupan,
bukan mencampuri perjalanan,
sahabat....sahabat,
mengertikah apa itu sahabat,
susah .. senang kita berjabat,
menjadikan hidup ini hebat,
sahabat..sahabat.





Tuesday, 10 January 2012


Tajuk

Janji My Love
Idea/Skrip:
Hasmarol Shah Hashim
copyright  2011 Allamin Ventures
All Rights Reseved

 

Sisnopsis


    Mengisahkan percintaan Ali & ANI  yang melambangkan percintaan epik moden dimana Ali &Ani menjadi  sahabat ketika mereka masih kanak –kanak lagi kerana mereka berjiran dan selalu bermain bersama –sama   tapi keadaan telah memisahkan dan keadaan juga mempertemukan mereka kerana perbezaan darjat tapi kasih sayang yang sejati menguatkan percintaan  yang kekal abadi.
     Semasa kecil Tengku Nurani dengan panggilan Ani bergitu akrab dengan Saidul Ali kerana mereka berjiran ketika itu mereka berumur  7th  Merekan bermain bersama ibarat satu ikatan kasih- sayang sudah berputik walaupun mereka tak mengerti.Pada satu hari bapa Ani, Tengku Zabidi mendapat kenaikan pangkat sebagai duta negara .Perpisahan yang tak diminta tapi apa kan daya kerana mereka masih kanak –kanak  .Semasa mereka berpisah macam ada satu ikatan akan menpertemukan mereka kembali melalui mimpi – mimpi indah semasa mereka kecil .
     Setelah 17 tahun kemudian, Ali telah melakukan kesilapan kerana semasa merayakan kejayaanya dalam akedemik ia telah tertangkap kerana berkhayal menyebabkan kecederaan orang. ia telah dipenjarakan selama 2 tahun.
    Selepas keluar dari penjara ia bertemu bapanya Lt kol (B)  Zainal dan meminta bapanya megizinkan ia mencari haluan sendiri dengan erti kata berdikari kerana terlalu dimanjakan ia menjadi lupa diri sehingga memalukan keluarga.Lt Kol (B) Zainal mengizin kan kerana ia tahu kemanpuan anaknya. Pada keesokan hari dengan penuh semangat ia memulakan langkah mencari perkerjaan.Semasa dalam pencarian ia ternampak satu jawatan kosong yang kena dengan kelayakannya lalu ia mencuba . semasa handak menaiki lif Ali  berselisih dengan Ani sehingga merasakan sesuatu tiba-tiba ia terlanggar seseorang lelaki yang macho membuat baju lelaki tersebut kotor membuat ia marah lalu mengeluarkan kata kesat pada Ali .Semasa ditemuduga Ali terkejut kerana lelaki yng memaki ia tadi yang  menemuduganya.  Ali mendapat satu sindiran yang melemahkan semangat  tapi ia seorang yang matang dan sudah lali dengan sindiran.Semasa hendak keluar ia berlanggar dengan Ani dan terjadi satu kesilapan kerana tertukar documen.
       Semasa Ali merayau-rayau di pekan ia ternampak satu gerai burger yang daif .Bila terlihat tuan yang punya gerai adalah sahabat lama di sekolah menengah dulu iaitu Din Karpan . Din mempelawa Ali berniaga bersama – sama.Tanpa berfikir panjang Ali menerima pelawaan din. Ali  berjumpa orang tuanya untuk meminta keizinan berniaga burger sebagai satu kerjaya dan berpindah ke rumah Din Karpan. Pada mulanya Ibu Ali, Zainab tak mengizinkan tapi dengan keizinan  bapanya dan galakan menbuat Ali mendapat semangat baru untuk berjaya.Dengan kepintaran dan idea Ali  gerai burger berubah wajah menjadi ceria dan Ali pelbagaikan lagi   dengan menjual  Air dan buah –buahan.
       Semasa Ali hendak  mengemas bilik ia terlihat sijil –sijilnya rupa –rupanya tersilap  tetapi kertas kerja Ani lalu memperbaiki kesilapan ada kertas kerja Ani.Pada keesokan hari semasa Ani hendak menghantar kertas kerjanya ia dapati  sijil Ali. Bila ia melihat sijil Ali ia mendapati Ali seorang yang bijak.Bila ia tersedar kertas kertas kerja perlu dihantar  membuat Ani kelam – kabut kerana  ia  perlu dihantar.Ani tahu perangai bapa nya Tengku Zabidi  selaku Pengerusi Syarikat  dengan kepintaran Ani ia terlepas seketika tapi mendapat amaran suya menghantar tepat waktunya  .Pada petang tersebut semasa di supermarket satu pertembungan yang tak diduga membuat Ani jadi orang minyak akibat perbuatan Ali .Ali tak sempat meminta maaf kerana Ani begitu marah kepada Ali kerana memalukannya.Selepas Ali membeli barang keperluan  ia terus Syarikat Ani untuk memulangkan Fail yang terambil dan ingin mengambil sijil –sijilnya kembali tapi Ani takde ia memberikan fail itu kepada kerani di situ.Pada hari yang sama berikut secara kebetulan Ani dan tunangnya Tengku Shahrin  berhenti berdekatan gerai Ali apabila Ani ternampak Ali yang sedang sebuk berkerja dan Ani terus kearah Ali untuk membalas dendam dengan mencurah sos ke muka Ali membuat Ali terpinga – pinga dan Din karpan gelak bagai nak rak.
     Keesokan hari Bapa Ani memanggil Ani di pejabat dan memuji Ani kerana kertas kerja yang di buat oleh Ani berjaya mendapat tender berjuta ringgit. Bila Ani mengambil fail tersebut ia mendapati semua yang di buat telah diperbaiki dengan begitu baik membuat ia keliru.Semasa di bilik pejabat Ani terpandang sijil – sijil Ali rupa –rupa Ali adalah ijazah pengurusan peniagaan membuat ia terfikir ini semua kerja Ali.
      Selepas waktu pejabat Ani menaiki motor datang kegerai Ali , bila Ali nampak Ani ia ingin melarikan diri kerana takut Ani ingin membalas dendam tapi setelah Ani meminta maaf dan berterima kasih menbuat Ali tak jadi lari.Ali memberitahu bila  ia terlihat banyak kesilapan ia cuba membetulkan .Bila Ani mendengar hati ia tersentuh dan jatuh cinta melihat kejujuran Ali.Bermula percintaan  di antara Ali &  Ani yang mendapat tentangan dari tunangnya Tengku  Shahrin . Pada hakikat pertunangan Tengku Shahrin dan Ani  hanya mengikut kehendak bapa Ani , Tengku Zabidi yang mementingkan darjat. Ani mengikut kerana takut kepada Bapanya.Pada satu hari semasa Ali & Ani menaiki motor Tengku Shahrin ternampak, membuat rahsia perhubungan mereka terbongkar.Tengku Zabidi dan Tengku Shahrin mencari jalan untuk memisahkan mereka tapi tak berhasil kerana takdir memihak kepada Ali.Ibu Ani Tengku Nurain memahami perasaaan anaknya kerana ia pernah terjadi pada beliau .
    Tengku Zabidi mengarahkan Ani mengurus  syarikatnya yang beroperasi di luar negeri ini adalah rancangan untuk mengahwinkan Tengku Shahrin dengan Ani tapi Ani telah terdengar rancangan mereka dan mengatur rancangan untuk melepaskan diri. Dengan kecekapan Ani dapat melepaskan diri dan terus berjumpa dengan Ali.Ali tak setuju rancangan  Ani bernikah di Thailand kerana ia menyalahi undang –undang dan ugama tapi atas desakan Ani membuat Ali berbelah bagi  dan berbincang Din karpan.Din mengajak Ali & Ani berjumpa dengan pakciknya, Haji Hafiz seorang imam yang di segani dikampungnya untuk meminta nasihat.Semasa mereka mendengar nasihat dari Haji Hafiz  tiba –tiba ibu  Ani , Tengku Nurain muncul membuat haji Hafiz terkejut kerana ibu Ani adalah kekasihnya dahulu tetapi darjat telah memisahkan mereka. 
     Hasil perbincangan Tengku Nurain dan Haji Hafiz ,Ali & Ani diijab kabulkan di Thailand berwalikan hakim dipertanggungjawab oleh ibu Ani  kerana tidak mahu Ani menjadi sepertinya hidup tanpa cinta dan kasih sayang hanya mementingkan kebendaan kehidupan tiada keikhlasan dalam perhubungan.   
   Semenjak mereka di satukan kehidupan suami isteri Ali & Ani melambang percintaan uda & dara atau Laila majnun  sehingga Ali menjadikan sebidang tanah menjadi sebuah mahligai I.T dan menjalan perniagaan burger mengunakan internet dan Din karpan menjadi penggeraknya sehingga perniagaan mereka bertambah maju.
        Walaupun kehidupan Ali & Ani bahagia tapi Ani merahsiakan penyakitnya dari Ali demi menjaga hati dan perasaan yang Ani tak boleh melahirkan anak  jika tidak membawa maut. Demi menjaga kasih –sayang nya kepada Ali ia sanggup menghadapi rasiko walaupun dilarang keras sahabatnya Dr Zaini yang pakar dalam bidang perubatan.
      Kebahagiaan mereka tersekat seketika kerana Tengku Shahrin dan konco – konconya dapat mengesan di mana Ali & Ani .Mereka mengunakan taktik kotor untuk memisahkan Ali & Ani walaupun perut Ani sudah berisi  6 bulan oleh kerana Tengku Zabidi hanya mementingkan darjat , kuasa dan hasutan Tengku Shahrin  menjadikan ia  tidak mempunyai perasaan dan hati sanggup menggunakan undang – undang  untuk memutuskan ikatan yang sah dan tidak kepuasan hati membuat Tengku Shahrin menggunakan kekerasan untuk menculik Ani dan memukul Ali sehingga pengsan.
   Bila Ali tersedar  dari pengsan ia terus mencari Ani , Sanggup meredah dengan menaiki kapcai  terus ke rumah banglo Tengku Zabidi , bila ia sampai orang gaji memberitahu Ani di hospital menunggu masa hendak bersalin.Ali terus kerumah bapanya Lt Kol (B) Zainal dan menceritakan apa yang berlaku dan meminta bantuan  untuk menghantarnya ke hospital. Bila sampai Ali terus berlari meninggalkan  bapanya dan terus mencari Ani . ketika ia mencari ani ,Tengku Shahrin  dan konco –konconya menanti kedatangan Ali.ketika mereka  mengertak  Ali ,Din karpan dan konco – konco muncul membuat Tengku Shahrin menjadi kelam kabut .Ali terus lari pergi kebilik wad Ani tapi bapa Ani menanti dengan muka sedih apabila mendapat tahu nyawa anaknya terancam terjadi perselisihan faham  di antara Ali dan Tengku zabidi.Bila Ali  menyatakan perasaan kasihnya kepada  Ani  dan tak tahu yang Ani mengidap penyakit barah yang boleh menyebabkan kematian .Dia  sanggup berkorban demi Ani walaupun nyawanya ditukar ganti. Tengku Zabidi sayu dan mengalah lebih lagi bila bapa Ali muncul rupa –rupanya mereka sahabat lama semasa mereka bujang.  Tengku Zabidi meminta maaf kepada Ali .
        Ali setia bersama Ani  sehingga kelahiran anak mereka walaupun bersabung nyawa.Rupa – rupa nya  Ali juga mengidap penyakit yang kronik  yang boleh mengakibatkan kematian . otak yang ia hadapi dan menunggu saatnya yang tahu penyakit Ali hanya Din Karpan .Semasa Ali merenung Ani   ingin mengucapkan sesuatu tapi tak terdaya , tangan Ani  memegang erat   tangan Ali tanda ikatan  cinta yang tak akan terputus dan Akhir nya mereka menghembus nafas terakhir bersama –sama. Cinta mereka lambang cinta yang tidak ada batasan ia datang dari  kejujuran dan keikhlasan bukan harta dan pangkat  yang menjadikan manusia lupa pada yang lebih berkuasa.