Tajuk
Janji My Love
Idea/Skrip:
Hasmarol Shah Hashim
copyright 2011 Allamin Ventures
All Rights Reseved
Sisnopsis
Mengisahkan
percintaan Ali & ANI yang
melambangkan percintaan epik moden dimana Ali &Ani menjadi sahabat ketika mereka masih kanak –kanak lagi
kerana mereka berjiran dan selalu bermain bersama –sama tapi keadaan telah memisahkan dan keadaan
juga mempertemukan mereka kerana perbezaan darjat tapi kasih sayang yang sejati
menguatkan percintaan yang kekal abadi.
Semasa kecil
Tengku Nurani dengan panggilan Ani bergitu akrab dengan Saidul Ali kerana mereka berjiran ketika itu mereka berumur
7th Merekan bermain
bersama ibarat satu ikatan kasih- sayang sudah berputik walaupun mereka tak
mengerti.Pada satu hari bapa Ani, Tengku Zabidi mendapat kenaikan pangkat
sebagai duta negara .Perpisahan yang tak diminta tapi apa kan daya kerana
mereka masih kanak –kanak .Semasa mereka
berpisah macam ada satu ikatan akan menpertemukan mereka kembali melalui mimpi
– mimpi indah semasa mereka kecil .
Setelah 17 tahun
kemudian, Ali telah melakukan kesilapan kerana semasa merayakan kejayaanya
dalam akedemik ia telah tertangkap kerana berkhayal menyebabkan kecederaan
orang. ia telah dipenjarakan selama 2 tahun.
Selepas keluar dari penjara ia bertemu bapanya
Lt kol (B) Zainal dan meminta bapanya
megizinkan ia mencari haluan sendiri dengan erti kata berdikari kerana terlalu
dimanjakan ia menjadi lupa diri sehingga memalukan keluarga.Lt Kol (B) Zainal
mengizin kan kerana ia tahu kemanpuan anaknya. Pada keesokan hari dengan penuh
semangat ia memulakan langkah mencari perkerjaan.Semasa dalam pencarian ia
ternampak satu jawatan kosong yang kena dengan kelayakannya lalu ia mencuba .
semasa handak menaiki lif Ali berselisih
dengan Ani sehingga merasakan sesuatu tiba-tiba ia terlanggar seseorang lelaki
yang macho membuat baju lelaki tersebut kotor membuat ia marah lalu
mengeluarkan kata kesat pada Ali .Semasa ditemuduga Ali terkejut kerana lelaki
yng memaki ia tadi yang
menemuduganya. Ali mendapat satu
sindiran yang melemahkan semangat tapi
ia seorang yang matang dan sudah lali dengan sindiran.Semasa hendak keluar ia
berlanggar dengan Ani dan terjadi satu kesilapan kerana tertukar documen.
Semasa Ali
merayau-rayau di pekan ia ternampak satu gerai burger yang daif .Bila terlihat
tuan yang punya gerai adalah sahabat lama di sekolah menengah dulu iaitu Din
Karpan . Din mempelawa Ali berniaga bersama – sama.Tanpa berfikir panjang Ali
menerima pelawaan din. Ali berjumpa
orang tuanya untuk meminta keizinan berniaga burger sebagai satu kerjaya dan
berpindah ke rumah Din Karpan. Pada mulanya Ibu Ali, Zainab tak mengizinkan
tapi dengan keizinan bapanya dan galakan
menbuat Ali mendapat semangat baru untuk berjaya.Dengan kepintaran dan idea
Ali gerai burger berubah wajah menjadi
ceria dan Ali pelbagaikan lagi dengan
menjual Air dan buah –buahan.
Semasa Ali
hendak mengemas bilik ia terlihat sijil
–sijilnya rupa –rupanya tersilap tetapi
kertas kerja Ani lalu memperbaiki kesilapan ada kertas kerja Ani.Pada keesokan
hari semasa Ani hendak menghantar kertas kerjanya ia dapati sijil Ali. Bila ia melihat sijil Ali ia
mendapati Ali seorang yang bijak.Bila ia tersedar kertas kertas kerja perlu
dihantar membuat Ani kelam – kabut
kerana ia perlu dihantar.Ani tahu perangai bapa nya
Tengku Zabidi selaku Pengerusi
Syarikat dengan kepintaran Ani ia
terlepas seketika tapi mendapat amaran suya menghantar tepat waktunya .Pada petang tersebut semasa di supermarket
satu pertembungan yang tak diduga membuat Ani jadi orang minyak akibat
perbuatan Ali .Ali tak sempat meminta maaf kerana Ani begitu marah kepada Ali
kerana memalukannya.Selepas Ali membeli barang keperluan ia terus Syarikat Ani untuk memulangkan Fail
yang terambil dan ingin mengambil sijil –sijilnya kembali tapi Ani takde ia
memberikan fail itu kepada kerani di situ.Pada hari yang sama berikut secara
kebetulan Ani dan tunangnya Tengku Shahrin
berhenti berdekatan gerai Ali apabila Ani ternampak Ali yang sedang
sebuk berkerja dan Ani terus kearah Ali untuk membalas dendam dengan mencurah
sos ke muka Ali membuat Ali terpinga – pinga dan Din karpan gelak bagai nak
rak.
Keesokan hari
Bapa Ani memanggil Ani di pejabat dan memuji Ani kerana kertas kerja yang di
buat oleh Ani berjaya mendapat tender berjuta ringgit. Bila Ani mengambil fail
tersebut ia mendapati semua yang di buat telah diperbaiki dengan begitu baik
membuat ia keliru.Semasa di bilik pejabat Ani terpandang sijil – sijil Ali rupa
–rupa Ali adalah ijazah pengurusan peniagaan membuat ia terfikir ini semua
kerja Ali.
Selepas waktu
pejabat Ani menaiki motor datang kegerai Ali , bila Ali nampak Ani ia ingin
melarikan diri kerana takut Ani ingin membalas dendam tapi setelah Ani meminta
maaf dan berterima kasih menbuat Ali tak jadi lari.Ali memberitahu bila ia terlihat banyak kesilapan ia cuba
membetulkan .Bila Ani mendengar hati ia tersentuh dan jatuh cinta melihat
kejujuran Ali.Bermula percintaan di
antara Ali & Ani yang mendapat
tentangan dari tunangnya Tengku Shahrin
. Pada hakikat pertunangan Tengku Shahrin dan Ani hanya mengikut kehendak bapa Ani , Tengku
Zabidi yang mementingkan darjat. Ani mengikut kerana takut kepada Bapanya.Pada
satu hari semasa Ali & Ani menaiki motor Tengku Shahrin ternampak, membuat
rahsia perhubungan mereka terbongkar.Tengku Zabidi dan Tengku Shahrin mencari
jalan untuk memisahkan mereka tapi tak berhasil kerana takdir memihak kepada
Ali.Ibu Ani Tengku Nurain memahami perasaaan anaknya kerana ia pernah terjadi
pada beliau .
Tengku Zabidi
mengarahkan Ani mengurus syarikatnya
yang beroperasi di luar negeri ini adalah rancangan untuk mengahwinkan Tengku
Shahrin dengan Ani tapi Ani telah terdengar rancangan mereka dan mengatur rancangan
untuk melepaskan diri. Dengan kecekapan Ani dapat melepaskan diri dan terus
berjumpa dengan Ali.Ali tak setuju rancangan
Ani bernikah di Thailand kerana ia menyalahi undang –undang dan ugama
tapi atas desakan Ani membuat Ali berbelah bagi
dan berbincang Din karpan.Din mengajak Ali & Ani berjumpa dengan
pakciknya, Haji Hafiz seorang imam yang di segani dikampungnya untuk meminta
nasihat.Semasa mereka mendengar nasihat dari Haji Hafiz tiba –tiba ibu Ani , Tengku Nurain muncul membuat haji Hafiz
terkejut kerana ibu Ani adalah kekasihnya dahulu tetapi darjat telah memisahkan
mereka.
Hasil perbincangan
Tengku Nurain dan Haji Hafiz ,Ali & Ani diijab kabulkan di Thailand
berwalikan hakim dipertanggungjawab oleh ibu Ani kerana tidak mahu Ani menjadi sepertinya hidup
tanpa cinta dan kasih sayang hanya mementingkan kebendaan kehidupan tiada
keikhlasan dalam perhubungan.
Semenjak mereka di
satukan kehidupan suami isteri Ali & Ani melambang percintaan uda &
dara atau Laila majnun sehingga Ali
menjadikan sebidang tanah menjadi sebuah mahligai I.T dan menjalan perniagaan
burger mengunakan internet dan Din karpan menjadi penggeraknya sehingga
perniagaan mereka bertambah maju.
Walaupun kehidupan Ali & Ani bahagia tapi
Ani merahsiakan penyakitnya dari Ali demi menjaga hati dan perasaan yang Ani
tak boleh melahirkan anak jika tidak membawa
maut. Demi menjaga kasih –sayang nya kepada Ali ia sanggup menghadapi rasiko
walaupun dilarang keras sahabatnya Dr Zaini yang pakar dalam bidang perubatan.
Kebahagiaan
mereka tersekat seketika kerana Tengku Shahrin dan konco – konconya dapat
mengesan di mana Ali & Ani .Mereka mengunakan taktik kotor untuk memisahkan
Ali & Ani walaupun perut Ani sudah berisi
6 bulan oleh kerana Tengku Zabidi hanya mementingkan darjat , kuasa dan
hasutan Tengku Shahrin menjadikan
ia tidak mempunyai perasaan dan hati
sanggup menggunakan undang – undang
untuk memutuskan ikatan yang sah dan tidak kepuasan hati membuat Tengku
Shahrin menggunakan kekerasan untuk menculik Ani dan memukul Ali sehingga
pengsan.
Bila Ali tersedar dari pengsan ia terus mencari Ani , Sanggup
meredah dengan menaiki kapcai terus ke
rumah banglo Tengku Zabidi , bila ia sampai orang gaji memberitahu Ani di
hospital menunggu masa hendak bersalin.Ali terus kerumah bapanya Lt Kol (B)
Zainal dan menceritakan apa yang berlaku dan meminta bantuan untuk menghantarnya ke hospital. Bila sampai
Ali terus berlari meninggalkan bapanya
dan terus mencari Ani . ketika ia mencari ani ,Tengku Shahrin dan konco –konconya menanti kedatangan
Ali.ketika mereka mengertak Ali ,Din karpan dan konco – konco muncul
membuat Tengku Shahrin menjadi kelam kabut .Ali terus lari pergi kebilik wad
Ani tapi bapa Ani menanti dengan muka sedih apabila mendapat tahu nyawa anaknya
terancam terjadi perselisihan faham di
antara Ali dan Tengku zabidi.Bila Ali
menyatakan perasaan kasihnya kepada
Ani dan tak tahu yang Ani
mengidap penyakit barah yang boleh menyebabkan kematian .Dia sanggup berkorban demi Ani walaupun nyawanya
ditukar ganti. Tengku Zabidi sayu dan mengalah lebih lagi bila bapa Ali muncul
rupa –rupanya mereka sahabat lama semasa mereka bujang. Tengku Zabidi meminta maaf kepada Ali .
Ali setia
bersama Ani sehingga kelahiran anak mereka
walaupun bersabung nyawa.Rupa – rupa nya
Ali juga mengidap penyakit yang kronik
yang boleh mengakibatkan kematian . otak yang ia hadapi dan menunggu
saatnya yang tahu penyakit Ali hanya Din Karpan .Semasa Ali merenung Ani ingin mengucapkan sesuatu tapi tak terdaya ,
tangan Ani memegang erat tangan Ali tanda ikatan cinta yang tak akan terputus dan Akhir nya
mereka menghembus nafas terakhir bersama –sama. Cinta mereka lambang cinta yang
tidak ada batasan ia datang dari
kejujuran dan keikhlasan bukan harta dan pangkat yang menjadikan manusia lupa pada yang lebih
berkuasa.
No comments:
Post a Comment